Tuesday 10 April 2012

Bahasa dan Kesusasteraan China Klasik

Sejarah kesusasteraan Cina bermula sekurang-kurangnya seawal kurun ke-14SM dan perkembangannya berterusan sepanjang lebih daripada 3,000 tahun. Perkembangan kesusasteraan Cina ini tidak pernah menerima gangguan atau sekatan. Sifat ini khasnya disebabkan bahasa pengantar bagi sastera Cina klasik iaitu bahasa Cina telah mengekalkan identitinya dari segi lisan dan tulisan "walaupun negara China pernah diperintah oleh puak asing seperti orang Mongol (dinasti Yuan, 1279-1368) dan orang Manchu (dinasti Qing, 1644-1911).
Tulisan Cina pada dasarnya bersifat grafik dan bukan fonetik (non-phonetic); dan sifat ini menjadikan bahasa Cina kurang sesuai untuk digunakan dalam usaha mentranskripsikan bahasa lain. Dengan ini ia tetap tidak berubah dan seterusnya meninggalkan beberapa kesan terhadap kesusasteraan Cina dan penyebarannya.
Sifat bahasa Cina yang bukan berabjad-fonetik (alphabetic-phonetic) bermakna huruf-hurufnya tidak menunjukkan bunyi sebutan. Bahasa Cina boleh disebut dalam kelainan cara dari segi fonologi mengikut tempat atau mengikut kesesuaian selaras dengan perubahan zaman-zaman dalam sejarah Cina. Namun begitu, maksud sesuatu huruf tetap sama tidak kira dalam dialek apapun ia disebutkan atau dipertuturkan. Maka itu kesusasteraan Cina dapat dinikmati dan dihayati oleh semua yang mengenali huruf Cina. Sesebuah karya klasik Konfusius misalnya, boleh dibaca dalam apa jua diaiek tanpa menjejaskan maksudnya. Sifat bahasa Cina ini mengekalkan kesinambungan budaya Cina dan membolehkan kesusasteraan Cina klasik terus menjadi aset budaya masyarakat Cina yang amat bemilai.
kepelbagaian Genre Sastera Cina Klasik terdapatlah:

1. Puisi
    Antologi puisi Cina yang terawal bertajuk Shijing (Klasik Puisi). Antologi ini mengandungi 305 buah nyanyian kuil, nyanyian istana dan nyanyian rakyat yang wujud pada tempoh antara zaman Zhou Barat (kurun ke-11SMP-771SM) hingga zaman Musim Bunga Musim Luruh (770SM-476SM) dan dikumpul dari kawasan Lembah Huanghe. la dipercayai disusun pada lebih kurang masa Konfusius (551SM-479SM). Puisi-puisi dalam antologi ini penuh dengan pelbagai idea dan teknik kesusasteraan yang menjadi contoh dan memberi inspirasi kepada penyajak serta penulis generasi kemudian. Shijing bersama empat klasik lain iaitu
a. Yijing (Klasik Perubahan),
b. Shujing (Klasik Sejarah),
c. Liji (Rekod Ritual) dan
d. Chun qiu (Klasik Musim Bunga dan Musim Luruh), dikenali sebagai Wujing (Lima Klasik)  yang sangat dihormati oleh sarjana- sarjana Cina. Puisi yang terkandung dalam Shijing pada asasnya dinyanyikan dengan iringan muzik. Sesetengah puisi, terutamanya puisi kuil juga diiringi oleh tarian.
Pada keseluiuhannya kebanyakan puisi dalam Shijing mementingkan elemen lirik lebih daripada elemen naratif. Rima akhir diutamakan untuk mencapai kesan muzik dan tidak bergantung kepada penggunaan kecantikan retorik. Puisi dalam Shijing mempunyai fungsi politik dan sosial selain daripada fungsi sastera. la digunakan dalam pertemuan rasmi; raja dan pegawai diplomatik menyanyikan puisi sebagai pembayang bagi sesuatu keadaan sebenar atau untuk menyatakan maksud sebenar.

2. Prosa
    Prosa Cina seperti puisi purba, juga mempunyai fungsi sosial dan politik. Bagi seorang sarjana tradisional, khasnya sarjana Konfusian, sesebuah prosa yang berkualiti harus bermanfaat dari segi moral dan etika. Satu daripada tujuan penulisan prosa adalah untuk 'menyampaikan dao', atau menunjukkan jalan atau cara dari segi moral dan etika.

3. Drama
    Drama Cina berkembang agak lewat. Pada dinasti Yuan (1279-1368), prestij tradisi lama mulai merosot di bawah pemerintahan Mongol, dan kawasan utara China, di mana penakluk asing mendirikan pusat pentadbiran mereka, menjadi satu persekitaran yang unik dengan aktiviti sastera yang bukan konvensional seperti drama berkembang. Drama Cina yang paling menarik ialah jenis zaju, sejenis bentuk sastera berbentuk puisi yang digubah mengikut suit muzik tertentu dan bersemarak pada zaman Yuan. Pelbagai tema dihasilkan dan terkandung dalam karya-karya drama.

Penulis-penulis yang menghasilkan karya dan menggunakan karya mereka sebagai saluran untuk mengeluarkan perasaan tidak puas hati atau sebagai alat kritikan. Dengan ini zaju bukan sahaja memberi hiburan tetapi juga berperanan sebagai pengkritik sosial yang berjaya mendapat konsensus dan simpati penonton. Zaju banyak menyokong nilai-nilai Cina tradisional khasnya nilai seperti zhong (kesetiaan), xiao (penghormatan terhadap ibu bapa), jie (kesucian seseorang wanita) dan yi (keadilan).
Secara keseluruhannya, drama Cina lebih berkecenderungan menekankan nilai-nilai etika berbanding agama. Drama bertujuan mendukung kelakuan baik dan memberi amaran atau berwaspada terhadap perbuatan-perbuatan jahat. Konsep tragedi seperti yang terdapat di Barat yang menegaskan bahawa manusia tidak berupaya memahami atau menguasai kuasa alam semesta tidak mendapat tempat dalam drama Cina. Sesebuah drama Cina yang tipikal akan berakhir dengan mesej yang mengatakan sesiapa yang berbuat baik akan mendapat ganjaran dan sebaliknya, yang jahat akan menerima hukuman.

4. Fiksyen
    kedudukan fiksyen tidak setanding dengan puisi atau prosa yang selama ini disebabkan cerita-cerita yang ditulis adalah dalam bahasa vernakular maka golongan terpelajar tradisional yang memandang tinggi stall klasik secara rasmi tidak menganggap fiksyen bernilai untuk diberi taraf sastera.

Hasil karya berbentuk fiksyen begitu banyak dicipta dan kebanyakannya merupakan naratif yang panjang. Sebahagiannya adalah dalam bentuk roman sejarah. Tetapi beberapa fiksyen mempunyai nilai yang amat tinggi misalnya Honglou meng (Mimpi Loteng Merah), yang melukiskan kehidupan dan nasib sebuah keluarga besar pada zaman dinasti Qing. la merupakan sebuah novel dengan pencapaian sangat cemerlang kelihatan dari segi perwatakan dan pelukisan gambaran yang mendalam serta bermaklumat tentang kehidupan dan adat resam orang Cina. Selain daripada cara penyampaian, terdapat juga fiksyen yang temanya telah diilhamkan oleh catatan agama Buddha. Antara contoh terbaik ialah Xiyou ji, yang menceritakan dengan penuh imaginasi perjalanan seorang sami Cina ke India untuk mendapatkan kitab suci Buddha.


Peningkatan ekonomi di Tamadun China

Kemajuan yang dicapai dalam bidang ekonomi tamadun China terdapatlah:

1. Menggunakan tenggala untuk membuat batas tanaman
2. Mencipta kolar kuda untuk menarik tenggala kayu dan penyisir tanah
3. Mengamalkan tanaman bergilir untuk mengekalkan kesuburan tanah
4. Melakukan teres di kawasan bukit sejak zaman dinasti Shang
5. Sistem pengairan untuk mengairi kawasan pertanian
6. Sistem terusan untuk mengawal banjir
7. Perusahaan logam berkembang dengan pesat
8. Perusahaan tembikar berkembang dan didagangkan ke Alam Melayu, India dan Barat
9. Jalan darat yang dikenali Jalan Sutera Darat digunakan berdagang dengan Barat
10. Jalan laut digunakan untuk berdagang dengan negara laur.

Saturday 7 April 2012

Sistem peperiksaan

Masyarakat China amat menyanjungi pendidikan negara kerana terdapat sisitem peperiksaan.
Sistem peperiksaan di China dinamakan Peperiksaan awam China.
Peperiksaan awam ini dibahagikan kepada 3 tahap iaitu
1. Hsiu Tai
2. Chun Jen
3. Chin Shih

Matlamat sistem peperiksaan di China ialah
--> lulus peperiksaan awam untuk menjadi pegawai kerajaan.

Pelaksanaan sistem peperiksaan awam dalam tamadun China terdapatlah
- mengandungi 3 tahap
- dikendalikan dengan ketat
- peniruan dihukum mati
- peperiksaan di dalam bilik dikurung selama 3 hari menulis jawapan dan makanan disediakan
- pemeriksa dikurung beberapa hari sebelum peperiksaan untuk mengelak penipuan
- tahap pertama setaraf ijazah, tahap kedua setaraf sarjana dan tahap ketiga setaraf doktor falsafah.
- tahap pertama dua kali dalam 3 tahun dijalankan, manakala tahap kedua dan ketiga tiga kali setahun
- tahap pertama dijalankan di peringkat daerah manakala tahap kedua diadakan di kota.
- lulus tahap pertama menjadi pegawai kerajaan, tahap kedua dan ketiga sebagai pendidik

Peperiksaan ini dianggap terbaik oleh masyarakat China kerana
- menjawat jawatan dalam kerajaan
- peniruan dihukum mati
- peraturan yang ketat
- semua rakyat berpeluang menduduki peperiksaan
- sistem peperiksaan yang telus
- mengubah status sosial seseorang setelah lulus peperiksaan awam.



Agama dan falsafah dalam Tamadun China

Falsafah yang terdapat terdapat dalam Tamudun China ialah

1. Konfusianisme

Pengajaran utama Konfusius menekankan pengalaman nilai dan sifat   moral yang mulia,terutamanya mengenai perikemanusiaan (ren), kesusilaan (li), ketaatan kepada ibu bapa (xiao).

2. Buddhisme China

Asas pengajarannya ialah penderitaan adalah berpunca daripada hawa nafsu yang merupakanakar kepada pelbagai masalah manusia.
Hawa nafsu dapat dihindarkan melalui Jalan Lapan Lapis yang mengadungi 8 aspek penting dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu pertama, panna (kebijaksanaan) yang meliputi pemahaman yang betul (right understanding) dan permikiran yang betul (right thought) ; kedua, samadhi (penumpuan) yang meliputi pengucapan yang betul (right speech), tindakan yang betul (right action) dan cara hidup yang betul ( right livelihood) ; dan ketiga, sila (moral) yang meliputi usaha yang betul (betul effort), pertimbangan yang betul (right mindfulness), dan tumpuan yang betul (right concentration).

3. Daoisme

pengajarannya ialah menjaga keharmonian manusia dengan alam.

4. Moisme

Penekanankan masyarakat dan politik yang baik berdasarkan pengaruh alam.

5. Legalisme

Penekanan undang-undang tegas dapat membentuk nilai baik dan masyarakat yang  berdisplin.

Sains & teknologi

Tamadun China telah memberikan sumbangan yang besar kepada peradaban dunia dalam pelbagai bidang seperti sains & teknologi.

kemajuan yang dicapai dalam sains & teknologi tamadun China terdapatlah
1. Ilmu astronomi dianggap ilmu sains negara
2. Ilmu perubatan berasaskan keseimbangan Yin dan Yang
3. Penciptaan layar kapal untuk pelayaran jarak jauh
4. Penciptaan kertas dari rami(jerami padi), buloh fan sayur-sayuran yang dicincang
5. Penciptaan magnet yang telah digunakan pada abad ke-1 & ke-6 masihi
6. Penciptaan mesin pencetak pada zaman dinasti Tang
7. Penciptaan ubat bedil iaitu serbuk letupan digunakan secara meluas dalam penghasilan bunga api   mulai abad ke-7 masihi.
8. Pembinaan kuil Pagoda berbentuk oktagon
9. Pembinaan tembok besar China mempertahan serangan orang gasar
10. Pembinaan tembok yang diperbuat dari lumpur, tanah liat dan batu bata
11. Melahirkan pengamal perubatan tradisional China
12. Mencipta kamera lubang jarum yang boleh menghasilkan imej penyonsongan
13. Menghasilkan kanta cengkung
14. Mencipta kereta sorong yang membantu menjimatkan tenaga manusia
15. Menghasilkan kain sutera berkualiti yang menjadi sumber utama perdagangan antarabangsa
dan sebagainya....

Friday 6 April 2012

Kesenian

Seni bina:

Secara keseluruhannya bangunan-bangunan lama China menpunyai beberapa ciri utama. Antaranya ialah:

1.    Kebanyakan banguanan lama atau tradisi dibina daripada material kayu dan batu bata.

2.    Kebiasaannya bagi bangunan-bangunan penting seperti istana-istana dan kuil-kuil mempunyai ukiran yang tersendiri. Gambar-gambar patung seperti naga, harimau, singa dan sebagainya akan menhiasi perkarangan bangunan tersebut atau diukir di dinding-dinding atau atap bangunan tersebut.

3.    Mempunyai tembok yang besar, khususnya istana-istana lama yang dibina akan dipagari oleh tembok besar.

4.    Pembinaan bangunan bergantung kepada kepercayaan orang China seperti Yin dan Yang serta Feng Shui.

5.    Warna merah merupakan satu kebiasaan bagi bangunan-bangunan utama. Warna ini melambangkan keberanian dan kesejahteraan kepada pemiliknya.

Muzik:

Seni muzik pula merupakan salah satu bidang yang telah lama berkembang dalam tamadun China. Malah Confucius juga menyokong perkembangan muzik kerana menurut beliau, muzik merupakan suatu cara untuk manusia menunjukkan kegembiraannya. Perkembangan muzik boleh dikesan sejak zaman kuno tamadun China. Hal ini kerana pada abad ke-4 sebelum Masihi telah terdapat buku tentang muzik iaitu Kuan Tzu. Semasa dinasti Tang, perkembangan muzik digiatkan lagi dengan menjadi tempat mengumpulkan bahan-bahan dan mengedit lagu-lagu rakyat.

Terdapat dua pembahagian muzik dalam perkembangan tamadun China iaitu muzik rakyat dan muzik golongan atasan. Pada asasnya, muzik rakyat merupakan asas perkembangan muzik Cina. Ini kerana muzik mempunyai kaitan dengan kehidupan rakyat. Selain itu, muncul muzik untuk golongan atasan yang telah mengubahsuai muzik rakyat. Dalam tamadun China, muzik mempunyai peranan sendiri. Selain memberi hiburan kepada pendengarnya, muzik juga merupakan satu cara untuk memberi masihat dan gambaran kepada penduduk ketika itu.

Kaligrafi:

Salah satu bidang kesenian yang menarik dalam tamadun China ialah Kaligrafi atau seni khat. Kaligrafi merupakan salah satu seni halus yang unik di dunia. Seni ini amat dihormati oleh masyarakat cina. Kaligrafi secara umumnya adalah satu tema yang bermaksud kumpulan patah perkataan yang menyampaikan pemikiran manusia dan dibentuk dalam penulisan. Dengan kata lain, kaligrafi merupakan satu bentuk penulisan yang menyampaikan pemikiran dan dilafazkan dalam bentuk penulisan.

Kaligrafi Cina berbeza dengan kaligrafi barat. Ini kerana peralatan dan material untuk mencipta kaligrafi Cina tidak sama dengan kaligrafi lain. Ia ditulis bukannya menerusi meja biasa tetapi meja segi empat tepat atau Chang-Tiao-Cho. Peralatan lain yang diperlukan ialah berus,dakwat hitam, kertas mudah telap, dakwat dan batu dakwat.

Kaligrafi Cina mempunyai unsur-unsur atau imej kekuatan, kecantikan ataupun keanggunan. Keindahan sesuatu kaligrafi banyak bergantung pada kepakaran perekanya melakar dengan menggunakan berus. Selain itu, ia berkait rapat dengan perkembangan tulisan cina jadi pada bentuk awal kaligrafi terdapat pada kulit kura-kura dan tulang binatang. Bentuk ini dikenali sebagai Chiakuwen(Jia Gu wen) dan lepasnya ialah pada barangan gangsa. Berikut dengan itu, kaligrafi bergembang kepada beberapa gaya penulisan dan dibahagikan kepada 5 bentuk penting iaitu Zhuan-shu, Li-shu, Kai-shu, Xing-shu dan Cao-shu. Kai-shu merupakan gaya penulisan yang paling popular dalam lima-lima jenis itu. Namun pengunaan gaya Kai-shu sering mendapat perhatian masyarakat kerana gaya ini mudah difahami oleh semua lapisan masyarakat cina.






Empat penciptaan Agung

Antara penciptaan taknologi Cina purba, yang palling berguna dan berpengaruh dari segi sumbangan terhadap perkembangan teknologi serta tamadun dunia ialah empat penciptaan agung iaitu teknik membuat kertas, pencetakan, bahan letupan dan kompas.

Mengenai teknik menbuat kertas, ia telah dicipta oleh Cai Lun dengan bahan-bahannya menggunakan fiber tumbuh-tumbuhan pada tahun 105. Teknologi membuat kertas ini kemudiannya telah dibawa dan diperkenalkan ke dunia Barat melalui Jalan Sutera Lama dan tiba di Eropah pada kira-kira kurun ke-13.

Teknoligi teknik pencetakan telah mula diperkenalkan semasa pemerintahan dinasti Tang(618-906). Antara buku bercetak yang paling awal dan masih wujud sehingga kini ialah Jingang jing(Kitab Sutra Diamond) versi Cina yang bertarikh 11 Mei 868 yang kini disimpan dan dipelihara di Muzium British di England. Buku ini deanggap mewakili hasil daripada pengalaman lama orang Cina dalam teknik percetakan blok. Pada tahun 1045, Bi Sheng mencipta teknik percetakan bergerak dan mula menggunakannya secara umum. Penciptaan Bi Sheng adalah 400 tahun lebih awal daripada penciptaan yang sama di dunia Barat yang hanya berlaku pada kurun ke-15.

Bahan letupan pula telah dicipta oleh ahli-ahli alkimia Daois yang menemui formulanya dalam uji kaji mencampur saltpeter dengan sulfur dan karbon. Menjelang kurun ke-7, orang Cina sudah pun menggunakan bahan letupan untuk membuat bunga api. Bahan letupan mulai digunakan dalam bidang military pada tahun 906 oleh ketua tentera Tang (618-906). Ilmu bahan letupan dibawa masuk dan diperkenalkan ke Negara Arab pada kurun ke-13 dan seterusnya dari situ diperkenalkan ke negra Eropah.

Kompas juga merupakan salah satu dari empat penciptaan agung dalam tamadun china yang memberikan sumbangan bermakna kepada tamadun dunia sehingga masa kini. Semasa dinasti Han, sifat-sifat magnet sudah diketahui di Negara China. Antara kurun pertama dengan kurun ke-6, orang Cina sudah pun menemui pengetahuan tentang gejala kemagnetan aruhan, dan menjelang kurun ke-8 dan ke-9, ilmu pengherotan dan juga kekutuban magnet dikuasai. Berdasarkan ilmu pengetahuan ini, orang Cina telah menghasilkan kompas, yang pada mulanya untuk digunakan di kapal.

Aspek-aspek tamadun china

6 aspek yang menbawa kepada tamadun china terdapatlah

1.    bertahan lama

2.    pengaruh luas

3.    dinamik

4.    berinteraksi

5.    kepentingan nilai moral

6.    perpaduan

Bertahan lama:

Setelah melihat perjalanan sejarah tamadun china, kita boleh lihat tamadun ini merupakan tamadun yang paling bertahan lama, iaitu selama 4000 tahun sehingga kini.

Sepanjang era ini, tamadun china pernah menghadapi cabaran yang hebat dari pencerobohan pihak asing. Namun keaslian dan keutuhan tamadun china dijadikan panduan bagi memandu orang asing ini untuk menjalankan pemerintahan dan cara hidup.

Pengaruh luas:

satu lagi aspek utama tamadun china adalah pengaruh tamadun ini ke atas tamadun lain amat ketara. Negara-negara seperti Jepun dan korea serta Vietnam memiliki beberapa ciri penting tamadun china. China seolah-olah dijadikan model bagi kerajaan-kerajaan ini. Sejarah perkembangan tamadun jepun misalnya tidak boleh lari dari pengaruh china. Pada zaman awal pembinaan tamadun Jepun, kerajaan maharaja Jepun seperti Nara telah mencontohi corak pemerintahan era Dinasti Tang. Manakal ajaran konfusius dan Buddhisme juga diterap dalam kehidupan masyarakat Jepun.

Pada hari ini penyebaran Tamadun China berlaku secara tidak langsung. Kehadiran komuniti China di serata dunia merupakan agen utama dalam penyebaran Tamadun China. Apa yang menarik dengan pengaruh ini ialah kewujudan China Town di beberapa Negara maju. Manakala budaya China juga dikagumi khususnya dalam bidang perubatan,makanan dan falsafah. Restoran-restoran makanan Cina juga berkembang maju dam telah dapat diterima hampir semua bangsa di dunia.

Dinamik :

Tamadun China juga boleh dilihat sebagai sebuah tamadun yang dinamik. Hal ini kerana  pemikir-pemikir dan pemimpin- pemimpin China sering melihat kemajuan bagi Tamadun china. Jika dilihat perjalanan sejarah Tamadun China, ia bermula dari beberapa tompok kecil kawasan petempatan di sepanjang Sungai Kuning. Namun demikian hasil dari sikap dinamik masyarakat China mereka mula membina peralatan pertanian dari batu kepada besi.

Manakal empangan juga dibina bagi mengairi kawasan pertanian. Seterusnya system pemerintahan dibaiki dengan memusatkan pentadbiran. Sementara itu system birokrat dibina berdasarkan system peperiksaan awam. Golongan ahli falsafah pula menjalankan kegiatan menyuburkan lagi system politik dan sosial masyarakat China. Hasilnya Tamadun Lembah Sungai Kuning beransur-ansur menjadi sebuah Tamadun Agung dan bertahan lama.

Berinteraksi:

Tamadun China merupakan sebuah tamadun yang sering berinteraksi dengan tamadun-tamadun lain. Laluan sutera merupakan satu jalan perhubungan yang penting dalam menghubungi China dengan tamadun lain. Laluan ini bermula dari bandar purba Changan merentasi pergunungan dan padang pasir sehingga ke timur Mediterranean. Dari jalan tersebut, China menyebar kekayaan tamadunnya kepada dunia luar. Pada masa yang sama ia juga menerima pengaruh dari luar. Pedagang-pedagang China membawa beberapa ciptaan seperti kertas, percetakan, ubat bedil dan kompas ke Timur Tengah, Asia dan Eropah. Manakala China diperkenalkan dengan hasil tanaman seperti anggur, walnut, mentimun, kacang buncis dan tembikai yang dibawa dari pedagang-pedagang asing.

Kepentingan nilai moral:

Elemen yang penting dalam Tamadun China ialah kepentingan mengenai moral. Ajaran-ajaran falsafah China seperti Konfusius menekan penting moral bagi semua peringkat masyarakat. Satu garis panduan diberi kepada pemerintah untuk menjalankan pentadbiran dengan baik dan jujur. Konsep mandate dari syurga misalnya memberi satu pengajaran kepada pemimpin untuk berkelakuan baik. Jika seseorang pemimpin itu tidak bersikap adil atau jujur dalam pemerintahannya maka ia akan disinggir dari jawatannya dengan berlakunya penarikan mandate tersebut. Manakala rakyat pula dikenhendaki patuh kepada pemimpin.

Perpaduan:

Salah satu ciri penting dalam Tamadun China adalah perpaduan. Sejak pembinaan Tamadun China dari Sungai Kuning. Perpaduan menjadi perkara penting. Pada mulanya masyarakat China bersatu di bawah pemerintahan Dinasti Hsia dan Shang. Manakala Dinasti Chou mula melakukan perkembangan empayar. Walaupun empayar yang dicipta oleh Dinasti chou lebih kepada feudalism tetapi ia menjunjung pemerintah Dinasti Chou. Namun demikian zaman peperangan berlaku di zaman Chou bukanlah satu halangan untuk bersatu. Kemunculan Dinasti China memperlihatkan bagaimana China disatukan sebagai Negara bersatu di bawah pemerintah Maharaja Pertama iaitu Shih Huang-ti.

Beliau juga tidak hanya menumpu kepada penyatuan bangsanya tetapi usaha juga dilakukan dengan mengembangkan Empayer China. Oleh itu China mula berkembang sehingga di utara Vietnam di selatan dan selatan Mongolia di utara. Dinasti-dinasti seterusnya meneruskan usaha penyataan dan mengembang Empayar China. Kepentingan untuk bersatu ini telah disuarakan sehingga abad ke-19 dan 20.


Pengenalan dan pembinaan Tamadun China

·        Tamadun china merupakan salah sebuah tamadun tertua di dunia. Tamadun ini dibina dan diperkembangkan selama 4000 tahun telah membawa kepada kegemilangan dalam beberapa bidang seperti pentadbiran, falsafah, sastera, unsur moral, penciptaan dan sains. Kegemilangan ini membawa kemajuan dan kemakmuran kepada tamadun ini serta memberi sumbangan kepada kehidupan masyarakat di dunia pada hari ini.

·        Tamadun china juga menyamai tamadun-tamadun tua yang lain seperti tamadun Mesopotamia, Tamadun Mesir, Tamadun India dan Tamadun Greek. Walaupun kemunculannya tidak sama namun pencapainya adalah standing dengan tamadun-tamadun tadi. Sebagai contoh pembinaan Tembok Besar China merupakan salah satu dari tujuh benda ajaib di dunia. Ia seiringan dengan Piramid di Mesir, Taman Bergantung Babylon di Iran dan Taj Mahal di India.

·        Tamadun china boleh dibahagikan kepada beberapa tahap pembinaan, perkembangan dan kejatuhan. Namun tahap-tahap ini bukanlah satu yang selalu mencapai zaman kegemilangan tapi arus perubahan masa membantu ketahanan tamadun china dan jadi lebih gemilang.

·        Zaman pembinaan:

Tahap terawal pembinaan tamadun china. Peringkat ini muncul kerajaan-kerajaan yang bersilih ganti seperti Dinasti Hsia, Dinasti Shang, Dinasti Chou, Dinasti Chin dan Dinasti Han. Tahap ini penting dengan kemunculan satu system politik monarki dan era feudalism. Selain itu, zaman ini juga dikenali sebagai Zaman Berperang atau Zaman Musim Luruh dan Musim Bunga. Peperangan dapat dipadamkan apabila muncul Negeri Chin yang dipimpinkan oleh Shih Huang-ti. Beliau berjaya menyatukan china menerusi military dan perluasan empayar dan menjalankan dasar tegas dalam soal bahasa, ekonomi, falsafah dan pentadbiran. Namun Dinasti Chin wujud tidak lama dan berakhir dengan kemuculan Dinasti Han.

·     Zaman keagungan:

Dinasti Han merupakan dinasti teragung dalam sejarah      Tamadun China. Hal ini kerana Dinasti Han dikagumi oleh masyarakat China sehingga mengelarkan diri mereka sebagai orang Han. Antara pencapaian agung dalam Dinasti ini ialah bidang pentadbiran kerana mempunyai system pemerintahan yang cekap dan berkesan bagi seluruh wilayah. Keagungan ini berakhir apabila berlaku pemberontakan dalaman. Keadaan ini membawa kepada zaman kekacauan dan perpecahan selama 350 tahun. Walaupun pada awalnya China dapat disatukan dibawah Dinasti Chin Barat. Namun perpaduan ini gagal bertahan lama atas sebab pemberontakan yang dilakukan oleh lapan orang putera maharaja dan serangan orang kasar. Kestabilan dan keamanan di China digangukan dan zaman ini berakhir apabila Dinasti Sui menyatukan China. Tetapi Zaman pemerintahan Dinasti Sui adalah singkat kerana Maharaja Yang Ti menjalankan dasar penindasan ke atas rakyatnya dan timbul pemberontakan dalam negeri. Dengan itu, Dinasti Tang mengantikannya dan berjaya membina keagungan Tamadun China. Pencapaian yang dicapai oleh dinasti ini serupa dengan pencapaian yang dihasil oleh Dinasti Han. Negara China disusun semula dengan pentadbiran yang teratur. Sistem banci dan kerahan dipulihkan semula. Manakala Empayar Tang dibesarkan lagi sehingga melebihi keluasan empayar Zaman Han. Keistimewaan Dinasti Tang adalah zaman keemasan dalam bidang kesusasteraan Cina.

·     Zaman peralihan:

Zaman ini merupakan zaman pencerobohan orang gasar ke atas China sehingga membawa kepada China diperintah oleh orang luar. Dua pemerintahan asing muncul di Negara China ialah pimpinan orang Mongol dan orang Manchu. Namun pada masa itu orang cina cuba membebaskan diri daripada penaklukan asing ini. Dengan itu, Dinasti Ming telah muncul di tengah-tengah dua dinasti asing dan usaha untuk memulihkan kerajaan dalam keadaan ketenteraman. Namun demikian akibat daripada kelalaian dan sikap yang tidak menjalankan interaksi positif akhirnya Tamadun China menghadapi ancaman dari kuasa Barat pada abad ke-19.

·     Zaman moden:

Zaman  ini dilihat sebagai tahap pencerobohan kuasa asing di China. Hal ini demikian kerana sikap yang tidak berubah-ubah. Tamadun China hampir mengalami keruntuhan, namun nilai-nilai lama yang ada pada tamadun ini dan pengalaman para pemimpin Cina membuatkan tamadun ini kekal hingga hari ini.