Friday 6 April 2012

Aspek-aspek tamadun china

6 aspek yang menbawa kepada tamadun china terdapatlah

1.    bertahan lama

2.    pengaruh luas

3.    dinamik

4.    berinteraksi

5.    kepentingan nilai moral

6.    perpaduan

Bertahan lama:

Setelah melihat perjalanan sejarah tamadun china, kita boleh lihat tamadun ini merupakan tamadun yang paling bertahan lama, iaitu selama 4000 tahun sehingga kini.

Sepanjang era ini, tamadun china pernah menghadapi cabaran yang hebat dari pencerobohan pihak asing. Namun keaslian dan keutuhan tamadun china dijadikan panduan bagi memandu orang asing ini untuk menjalankan pemerintahan dan cara hidup.

Pengaruh luas:

satu lagi aspek utama tamadun china adalah pengaruh tamadun ini ke atas tamadun lain amat ketara. Negara-negara seperti Jepun dan korea serta Vietnam memiliki beberapa ciri penting tamadun china. China seolah-olah dijadikan model bagi kerajaan-kerajaan ini. Sejarah perkembangan tamadun jepun misalnya tidak boleh lari dari pengaruh china. Pada zaman awal pembinaan tamadun Jepun, kerajaan maharaja Jepun seperti Nara telah mencontohi corak pemerintahan era Dinasti Tang. Manakal ajaran konfusius dan Buddhisme juga diterap dalam kehidupan masyarakat Jepun.

Pada hari ini penyebaran Tamadun China berlaku secara tidak langsung. Kehadiran komuniti China di serata dunia merupakan agen utama dalam penyebaran Tamadun China. Apa yang menarik dengan pengaruh ini ialah kewujudan China Town di beberapa Negara maju. Manakala budaya China juga dikagumi khususnya dalam bidang perubatan,makanan dan falsafah. Restoran-restoran makanan Cina juga berkembang maju dam telah dapat diterima hampir semua bangsa di dunia.

Dinamik :

Tamadun China juga boleh dilihat sebagai sebuah tamadun yang dinamik. Hal ini kerana  pemikir-pemikir dan pemimpin- pemimpin China sering melihat kemajuan bagi Tamadun china. Jika dilihat perjalanan sejarah Tamadun China, ia bermula dari beberapa tompok kecil kawasan petempatan di sepanjang Sungai Kuning. Namun demikian hasil dari sikap dinamik masyarakat China mereka mula membina peralatan pertanian dari batu kepada besi.

Manakal empangan juga dibina bagi mengairi kawasan pertanian. Seterusnya system pemerintahan dibaiki dengan memusatkan pentadbiran. Sementara itu system birokrat dibina berdasarkan system peperiksaan awam. Golongan ahli falsafah pula menjalankan kegiatan menyuburkan lagi system politik dan sosial masyarakat China. Hasilnya Tamadun Lembah Sungai Kuning beransur-ansur menjadi sebuah Tamadun Agung dan bertahan lama.

Berinteraksi:

Tamadun China merupakan sebuah tamadun yang sering berinteraksi dengan tamadun-tamadun lain. Laluan sutera merupakan satu jalan perhubungan yang penting dalam menghubungi China dengan tamadun lain. Laluan ini bermula dari bandar purba Changan merentasi pergunungan dan padang pasir sehingga ke timur Mediterranean. Dari jalan tersebut, China menyebar kekayaan tamadunnya kepada dunia luar. Pada masa yang sama ia juga menerima pengaruh dari luar. Pedagang-pedagang China membawa beberapa ciptaan seperti kertas, percetakan, ubat bedil dan kompas ke Timur Tengah, Asia dan Eropah. Manakala China diperkenalkan dengan hasil tanaman seperti anggur, walnut, mentimun, kacang buncis dan tembikai yang dibawa dari pedagang-pedagang asing.

Kepentingan nilai moral:

Elemen yang penting dalam Tamadun China ialah kepentingan mengenai moral. Ajaran-ajaran falsafah China seperti Konfusius menekan penting moral bagi semua peringkat masyarakat. Satu garis panduan diberi kepada pemerintah untuk menjalankan pentadbiran dengan baik dan jujur. Konsep mandate dari syurga misalnya memberi satu pengajaran kepada pemimpin untuk berkelakuan baik. Jika seseorang pemimpin itu tidak bersikap adil atau jujur dalam pemerintahannya maka ia akan disinggir dari jawatannya dengan berlakunya penarikan mandate tersebut. Manakala rakyat pula dikenhendaki patuh kepada pemimpin.

Perpaduan:

Salah satu ciri penting dalam Tamadun China adalah perpaduan. Sejak pembinaan Tamadun China dari Sungai Kuning. Perpaduan menjadi perkara penting. Pada mulanya masyarakat China bersatu di bawah pemerintahan Dinasti Hsia dan Shang. Manakala Dinasti Chou mula melakukan perkembangan empayar. Walaupun empayar yang dicipta oleh Dinasti chou lebih kepada feudalism tetapi ia menjunjung pemerintah Dinasti Chou. Namun demikian zaman peperangan berlaku di zaman Chou bukanlah satu halangan untuk bersatu. Kemunculan Dinasti China memperlihatkan bagaimana China disatukan sebagai Negara bersatu di bawah pemerintah Maharaja Pertama iaitu Shih Huang-ti.

Beliau juga tidak hanya menumpu kepada penyatuan bangsanya tetapi usaha juga dilakukan dengan mengembangkan Empayer China. Oleh itu China mula berkembang sehingga di utara Vietnam di selatan dan selatan Mongolia di utara. Dinasti-dinasti seterusnya meneruskan usaha penyataan dan mengembang Empayar China. Kepentingan untuk bersatu ini telah disuarakan sehingga abad ke-19 dan 20.


No comments:

Post a Comment