Friday 6 April 2012

Kesenian

Seni bina:

Secara keseluruhannya bangunan-bangunan lama China menpunyai beberapa ciri utama. Antaranya ialah:

1.    Kebanyakan banguanan lama atau tradisi dibina daripada material kayu dan batu bata.

2.    Kebiasaannya bagi bangunan-bangunan penting seperti istana-istana dan kuil-kuil mempunyai ukiran yang tersendiri. Gambar-gambar patung seperti naga, harimau, singa dan sebagainya akan menhiasi perkarangan bangunan tersebut atau diukir di dinding-dinding atau atap bangunan tersebut.

3.    Mempunyai tembok yang besar, khususnya istana-istana lama yang dibina akan dipagari oleh tembok besar.

4.    Pembinaan bangunan bergantung kepada kepercayaan orang China seperti Yin dan Yang serta Feng Shui.

5.    Warna merah merupakan satu kebiasaan bagi bangunan-bangunan utama. Warna ini melambangkan keberanian dan kesejahteraan kepada pemiliknya.

Muzik:

Seni muzik pula merupakan salah satu bidang yang telah lama berkembang dalam tamadun China. Malah Confucius juga menyokong perkembangan muzik kerana menurut beliau, muzik merupakan suatu cara untuk manusia menunjukkan kegembiraannya. Perkembangan muzik boleh dikesan sejak zaman kuno tamadun China. Hal ini kerana pada abad ke-4 sebelum Masihi telah terdapat buku tentang muzik iaitu Kuan Tzu. Semasa dinasti Tang, perkembangan muzik digiatkan lagi dengan menjadi tempat mengumpulkan bahan-bahan dan mengedit lagu-lagu rakyat.

Terdapat dua pembahagian muzik dalam perkembangan tamadun China iaitu muzik rakyat dan muzik golongan atasan. Pada asasnya, muzik rakyat merupakan asas perkembangan muzik Cina. Ini kerana muzik mempunyai kaitan dengan kehidupan rakyat. Selain itu, muncul muzik untuk golongan atasan yang telah mengubahsuai muzik rakyat. Dalam tamadun China, muzik mempunyai peranan sendiri. Selain memberi hiburan kepada pendengarnya, muzik juga merupakan satu cara untuk memberi masihat dan gambaran kepada penduduk ketika itu.

Kaligrafi:

Salah satu bidang kesenian yang menarik dalam tamadun China ialah Kaligrafi atau seni khat. Kaligrafi merupakan salah satu seni halus yang unik di dunia. Seni ini amat dihormati oleh masyarakat cina. Kaligrafi secara umumnya adalah satu tema yang bermaksud kumpulan patah perkataan yang menyampaikan pemikiran manusia dan dibentuk dalam penulisan. Dengan kata lain, kaligrafi merupakan satu bentuk penulisan yang menyampaikan pemikiran dan dilafazkan dalam bentuk penulisan.

Kaligrafi Cina berbeza dengan kaligrafi barat. Ini kerana peralatan dan material untuk mencipta kaligrafi Cina tidak sama dengan kaligrafi lain. Ia ditulis bukannya menerusi meja biasa tetapi meja segi empat tepat atau Chang-Tiao-Cho. Peralatan lain yang diperlukan ialah berus,dakwat hitam, kertas mudah telap, dakwat dan batu dakwat.

Kaligrafi Cina mempunyai unsur-unsur atau imej kekuatan, kecantikan ataupun keanggunan. Keindahan sesuatu kaligrafi banyak bergantung pada kepakaran perekanya melakar dengan menggunakan berus. Selain itu, ia berkait rapat dengan perkembangan tulisan cina jadi pada bentuk awal kaligrafi terdapat pada kulit kura-kura dan tulang binatang. Bentuk ini dikenali sebagai Chiakuwen(Jia Gu wen) dan lepasnya ialah pada barangan gangsa. Berikut dengan itu, kaligrafi bergembang kepada beberapa gaya penulisan dan dibahagikan kepada 5 bentuk penting iaitu Zhuan-shu, Li-shu, Kai-shu, Xing-shu dan Cao-shu. Kai-shu merupakan gaya penulisan yang paling popular dalam lima-lima jenis itu. Namun pengunaan gaya Kai-shu sering mendapat perhatian masyarakat kerana gaya ini mudah difahami oleh semua lapisan masyarakat cina.






No comments:

Post a Comment